11 May 2015

Agenda Pemilihan Semakin Bersemarak

Oleh : Zulhimi Attakiri

Keputusan PRK Rompin baru-baru memperlihatkan undi PAS tetap tidak terjejas walaupun pelbagai badai yang melanda kepada kepimpinan PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Presiden. Walaupun Tuan Guru Presiden difitnah dengan isu Unity Goverment yang tidak berkesudahan. Bahkan setiap tindak tanduk Tuan Guru Presiden semua akan difitnah oleh Blogger picisan dan upahan oleh golongan tertentu yang ingin melihat Tuan Guru Presiden diturunkan dari tampuk Presiden PAS.

Tindakan kumpulan Hawai Five O dan audio Tuan Haji Mohamad Sabu jelas memperlihatkan tindakan tersebut secara konsisten sampai sekarang. isu "redha Allah " dan "keutamaan Hudud" dijadikan antara agenda utama untuk memperlihatkan bahawa Tuan Guru Presiden seorang yang lemah politik dan tidak pandai mengutamakan keutamaan dalam Feqh. 

Serangan yang begitu pelik kerana memetik ucapan Tuan Guru yang boleh dimanipulasi sama seperti strategi UMNO sebelum ni. 

Isu "rela kalah yang penting mendapat redha Allah" adalah jelas. PAS bergerak dengan prinsip Islam. Kalau semua orang menolak prinsip Islam, adakah PAS akan mengikut suara orang ramai tersebut.? Ungkapa Tuan Guru Presiden memperlihatkan penegasan Tuan Guru dalam menjaga prinsip perjuangan Islam. Dalam masa yang sama, kita bergerak menarik masyarakat bersama dengan PAS. 

Buktinya di Terengganu semenjak dari kekalahan PAS pada tahun 2004, petugas PAS terus melangkah memahamkan perjuangan PAS untuk rakyat sehingga kerusi semakin bertambah daripada 4 kerusi pada PRU 11 sehingga mendapat 15 kerusi pada PRU13. Inilah bukti komitmen PAS tegar dengan prinsip dalam masa yang sama terus bergerak memahamkan rakyat tentang perjuangan PAS dan kesediaan untuk mentadbir negeri atau negara dengan prinsip Islam.

Bahkan dengan prinsip ini memberi keyakinan kepada ahli PAS dan masyarakat untuk bersama dengan PAS. Lihatkan keputusan PRK Rompin baru-baru memperlihatkan peningkatan undi kepada PAS dalam setiap UPU.

Team yang bersama dengan Ustaz Ahmad Awang ( calon presiden PAS) bergerak ke sana dan kemari juga menggunakan isu seolah-olah wala' diberikan kepada Tuan Guru Presiden adalah diberi secara membabi buta sehingga mencapai tahap Taassub. Bahkan kempen diwar-warkan untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dijadikan modal penting semacam Tuan Guru Presiden seorang yang ingin meruntuhkan Pakatan Rakyat.

Sedangkan berapa kali Tuan Guru Presiden menyebut tentang pengukuhan Pakatan Rakyat dalam setiap muktamar PAS. Tidak cukup lagikah?. Memperkukuh Pakatan Rakyat bukan bermakna mengikut membabi buta tindak tanduk rakan tahaluf. kalau hanya mengikut sahaja  tindak tanduk rakan tahaluf secara bodoh, bukan perkukuh, tapi boneka namanya. Langkah Kajang sebagai bukti yang paling kukuh tentang perkara ini bagaimana demokrasi dipermainkan dengan mudah demi kepentingan sendiri yang tidak berkesudahan.

Hanya kerana penentangan DAP kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan menyebabkan PAS dituduh tidak menghormati Pakatan Rakyat?. Kegilaan apa ni.

Kita tunggu dan lihat lagi...apa lagi isu yang akan diketengahkan..

Teruskan perjuangan

Bekerja Untuk Islam

www.attakiri.blogspot.com

No comments:

Post a Comment