27 January 2014

Konservatif dan Reformis..lagu lama berdendang kembali

Portal The Malaysian Insider (TMI) mula menyiarkan kononnya Al-marhum Tuan Guru Harun Taib seorang ulamak konservatif. Seolah-olah pemergian beliau menandakan bahawa berakhirnya politik konservatif yang boleh melemahkan PAS.

Perkataan konservatif mula di popularkan oleh YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebelum pemilihan PAS baru-baru ini. Kononnya PAS sekarang berada dalam pertembungan antara konservatif dan reformis. Penulis tidak pasti dapatan surver mana yang Dr.Mujahid dapat sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Pelabelan ini penulis menjangka terhenti seusai pemilihan berakhir..Namun pengistilahan ini terus wujud sampai hari ini walaupun label itu tidak lagi digunapakai lagi oleh Dr. Mujahid. Tuduhan yang kononnya Tuan Guru Harun Taib sebagai seorang yang konservatif menggambarkan istilah tersebut semakin disebarkan dalam keadaan terancang.

Tuduhan ini seolah-olah menyimpan satu dendam yang tidak berkesudahan. Penulis tidak kenal siapa dan bagaimana penulis artikel tersebut dapat maklumat. Yang pasti TMI mula mendapat nama di alam siber selepas banyak mengeluarkan rencana dan artikel yang mengarut tentang PAS. 

Isu kononnya Menantu Presiden banyak mencatur politik PAS antara yang begitu mengarut. Ini belum termasuk isu surat terbuka yang entah siapa penulisnya tidak diketahui. ni belum termasuk tentang timbulkan balik isu Kerajaan Perpaduan dan pentindihan kerusi di Kota Damansara.

Tuduhan konservatif menggambarkan bahawa orang yang bersifat demikian seorang yang keras dan tidak menerima sebarang perubahan. Sedangkan kalau dilihat kepada peribadi Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib sendiri adalah sebaliknya. Penubuhan PASTI adalah hasil cetusan idea beliau sehingga dipuji sampai sekarang. Al-marhum pula merupakan antara individu yang terawal menerokai dakwah PAS kepada non Muslim bersama dengan Tuan Guru Presiden. Jadi adakah beliau seorang yang konservatif.?

Lihat kepada ucapan beliau di Expresi Ulamak Muda Haraki. Bagaimana beliau dan rakan-rakan begitu bersusah payah mencari generasi pelapis PAS sehingga sanggup ke luar negara bagi memastikan PAS mendapat kesinambungan pelapis untuk menerus dan mengemudi PAS di masa akan datang. Konservatifkah itu?

Ini belum masuk lagi bab kewujudan ulamak pelapis dan ulamak wanita dalam Dewan Ulamak yang dicetuskan oleh beliau sehingga berjaya mengumpulkan beribu-ribu ulamak pelapis dari seluruh Malaysia.

Kejap dengan dasar perjuangan tidak dinamakan konservatif. tanpa dasar yang kukuh, bagaimana PAS mampu mengembang.? Isu hudud dan menegakkan negara Islam adalah isu yang diperjuangkan oleh PAS. kenapa kita mesti longgarkan isu ini.? DAP sampai sekarang dengan asas perjuangan Malaysia Malaysia. walaupun PAS tidak setuju, DAP tetap meneruskan agenda perjuangannya itu.

Kalau DAP kejap dengan dasar dan asas perjuangannya. PAS lebih perlu pertahankan dasar dan perjuangannya kerana PAS bergerak atas asas akidah.

Konservatifkah kerana pertahankan asas perjuangan?..Reformiskah kalau bergerak seperti lalang?

Jadi siapa konservatif sebenarnya.?

The Malaysian Insider... Jadilah bersifat jahat sedemikian...

Teruskan perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

Kg. Teras Jernang

No comments:

Post a Comment