29 May 2013

Presiden perlu di ambil tindakan..Kelakar..

Selepas berlakunya peperangan Badar Nabi mengadakan mesyuarat bersama dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar tentang bagaimana menguruskan tawanan badar. Saidina Abu Bakar mencadangkan supaya mereka ditebus. Manakala saidina Umar mencadangkan supaya di bunuh sahaja tawanan ini. Nabi lebih cenderung kepada pandangan Saidina Abu Bakar.Selepas keputusan di capai. Allah menurunkan ayat menegur keputusan yang telah dibuat.

Sejurus selepas turunnya ayat teguran tersebut, Nabi dan Saidina Abu Bakar menangis atas teguran tersebut. Dalam keadaan ini, apa sikap saidina Umar?. Adakah Saidina Umar melontarkan ucapan “ aku dah kata tadi”, atau “saya memang tidak setuju dari awal keputusan tu”. Tapi tidak. Saidina Umar turut menangis bersama Nabi SAW atas keputusan yang dibuat.

Dalam kaedah mesyuarat, keputusan yang dibuat samada keputusan tersebut dipersetujui oleh individu yang berada dalam mesyuarat atau tidak dikira sebagai keputusan bersama. Tidak timbul ungkapan “aku kata dah” atau “PAS tidak patut buat keputusan ni” atau “saya akan tulis dosa-dosa PAS dalam keputusan ni”

Ini adalah ungkapan golongan yang tidak reti berorganisasi. Hatta dalam syarikat pun, apabila bahagian pengurusan telah membuat keputusan semua pihak perlu melaksanakan bagi memastikan produktiviti berjalan dengan baik.

Sejurus selepas selesai PRU13, penulis mengjangkakan tiada isu panas yang timbul. Rupa-rupanya tidak. Isu Kota Damansara dijadikan modal untuk menghentam presiden habis-habisan yang kononnya presiden melanggar perjanjian. Walhal sebelum ini,  Tuan Guru Presiden telah menjelas kenapa berlaku pertindihan ini secara jelas sebelum PRU13 berlangsung.

Tiba-tiba muncul segelintir pimpinan seperti YB Khalid Samad, YB Dr. Hatta dan YB Hanipa Maidin sibuk mempertikaikan keputusan secara terbuka. Bahkan YB Khalid Samad hendak menulis dalam blog tentang isu ini konon PAS berdosa membuat keputusan tu. Kelakar betul, sudah tentu dalam mesyuarat tersebut, beliau hadir sekali. Kenapa tak bertanya terus kepada Presiden tentang dosa dan pahala ketika tu. Penakut sangat ke.?

Isu ini dihangatkan lagi dengan penulisan blog-blog yang mendakwa sebagai penyokong PAS sehingga timbul pulak PAS akan membuat kembali Unity Government (UG). Yang begitu mengesalkan penulis,terdapat segelintir AJK PAS Pusat memberi maklumat kepada blogger ini untuk mendedahkan isi perbincangan mesyuarat untuk tatapan umum. Yang ini lagi pelik.

Yang begitu mencuitkan hati, ketika mana Isu Kota Damansara dihangatkan dengan dakwaan kononnya kesilapan Presiden. Tiba-tiba Timbalan Presiden PKR YB Mohamed Azmin Ali mengakui kesilapan PKR kerana lambat menyelesaikan isu calon sehingga berlaku pertindihan. Nah, bagai batu yang menghentam kepala.

Jadi sekarang, silap siapa. Kenapa mereka yang menghentam presiden sibuk membela orang lain dan menyalahkan presiden sendiri.

Bagi penulis, isu Kota Damansara bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Bukan sekadar PAS sahaja yang bertembung dengan PSM. Bahkan PKR pun bertembung dengan PSM di Semenyih. DAP pun sama bertembung dengan PSM di Dun Jelapang, Perak. Kedua-dua parti ini tidak bising pun semacam bisingnya segelintir pimpinan PAS ini.

Pada pandangan yang sedikit jahatlah. Isu ini sekadar batu lonjatan untuk menjatuhkan presiden secara terancang. Isu kegagalan PRU diletakkan kesilapan sepenuhnya kepada Presiden. Walhal yang mengatur strategi dan pengurusan calon ialah YB Dr. Hatta Ramli. Kenapa dia tidak dipersalahkan.

Kalau mengikut logiknya. YB Dr. Hatta dikira sebagai pengkhianat parti kerana banyak melepaskan kerusi-kerusi PAS kepada parti rakan kononnya diplomasi tanpa penghujahan konkrit sehingga mengecilkan hati PAS kawasan. Presiden PAS telah umumkan bahawa PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen. Kenapa Pengarah Pilihanraya tidak pertahankan kawasan-kawasan PAS ini.

Kesimpulan yang boleh diberikan, inilah akibatnya apabilan Putrajaya terlampau dijadikan matlamat yang terlampau-terlampau. Sedangkan Tuan Guru Presiden selalu membacakan ayat berkenaan bahawa kemenangan itu merupakan anugerah Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

PAS bergerak sebagai sebuah Jemaah bukan sekadar parti politik. Apabila segelintir pimpinan beranggapan PAS sebagai parti politik semata-mata. Setiap kekalahan pilihanraya mula menuding ke sana dan ke sini yang kadang kala untuk menutup kegagalan sendiri.

Layak ke orang sebegini menjadi pimpinan PAS?

www.attakiri.blogspot.com

No comments:

Post a Comment