24 February 2013

Majlis Syura Ulamak, serangan semakin bertalu


Semakin dekat dengan Pilihanraya, serangan sesama sendiri semakin diperhebat. Tidak cukup dengan media musuh menyerang, media alternative mengambil tempat yang sama untuk menyerang bersumberkan daripada media musuh dan hanya mendengar khabar angin.

Isu pertemuan dan gambar dijadikan modal untuk berita, penulisan mahupun rencana. Inilah teruknya kita berpolitik. Tuduhan yang dilemparkan kononnya Majlis Syura Ulama terlalu sibuk dengan kalimah Allah yang kononnya merupakan senjata UMNO untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat.

Kalau betul PAS dipersalahkan kerana sibuk dengan kalimah Allah. Kenapa tidak salahkan YAB Lim Guang Eng kerana menimbulkan isu ini.? SIapa yang mulakan isu ini. PAS hanya menjalankan kewajipan agama iaitu menerang apa yang boleh apa yang tidak. Salahkah penerangan tersebut. Sama juga ketika isu Hudud yang pernah diterangkan sebelum ini.

Fungsi Majlis Syura Ulamak PAS ialah menjaga dan memantau dasar parti supaya tidak tersasar. Disaat masyarakat sibuk membicarakan isu Putrajaya, mungkin ada yang terlepas pandangan isu agama. Sebagai contoh isu sambutan perayaan golongan non muslim. Tuan Guru Mursyidul Am begitu berhati-hati untuk menyertai sambutan perayaan Non Muslim sehingga beliau sering kali bertanya adakah sambutan ini berkaitan dengan agama ataupun adat. Tetapi terdapat segelintir kepimpinan bawahan terus pergi sambutan perayaan tanpa menyelidik terlebih dahulu samada dibolehkan atau tidak.

Ini antara contoh kecil tentang peranan Majlis Syura Ulamak.

Minggu lepas, Pak MSO telah mengulas isu pertemuan Tuan Guru Dato Harun Din dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menimbulkan sedikit kontroversi. Tulisan tersebut dengan dimulakan dengan pelbagai persepsi buruk kononnya Tuan Guru Timbalan Mursyidul Am  mempertikaikan syahsiah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kalau betul pertemuan itu berlaku dan isi kandungan perbincangan sebagaimana yang disebutkan oleh Pak MSO. Apa masalahnya? Dato Haron Din menyebut secara terbuka di depan tuan punya badan.!. bukannya membuat kenyataan media ataupun tulisan yang tidak bertanggungjawab tanpa bertanya kepada tuan punya badan seperti isu gambar ustaz Nik Zawawi.

Gerakan Islam di seluruh dunia pernah berdepan dengan isu pengkhianatan selepas kemenangan. Sebagai contoh, Ikhwanul Muslimin pernah bersama-sama dengan Jamal Abdul Naseer untuk menggulingkan Raja Farouk sebagai raja mesir ketika itu. Namun selepas kemenangan dicapai, Ikhwanul Muslimin difitnah dan dizalimi sehingga ramai dikalangan ahli ikhwan dipenjara dan dibunuh.

Kita mahukan peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dalam keadaan masak. Bukan sekadar hanya membuat sloga Asal Bukan UMNO (ABU). Apa guna kemenangan yang dicapai tapi PAS tidak mendapat sebarang manfaat dan keuntungan.

Di sini pentingkan perbincangan dan pertemuan kalau itu yang dibincangkan.

UMNO/BN pasti jatuh sebagaimana British pasti keluar dari tanah melayu suatu ketika dahulu. Sebelum merdeka, Dr.Burhanuddin Al-Helmy antara yang menentang konsep kemerdekaan yang diperjuangkan UMNO kerana mendakwa kemerdekaan itu adalah kemerdekaan yang tidak masak. Tetapi UMNO seolah-olah mengetepikan bahaya-bahaya demi untuk mencapai kemerdekaan. Dengan kata lain “tak apa yang penting merdeka”. Walhal ketika itu, PBB memang telah keluarkan resolusi mengarahkan penjajah mesti menyerahkan negeri jajahan mereka. Maknanya, tidak dapat tidak, penjajah akan menyerahkan tanah jajahan masing-masing walaupun tanpa syarat.

Begitu juga dengan situasi sekarang, UMNO/BN diambang kejatuhan.  Yang kita mahukan ialah peralihan yang masak dan menguntungkan rakyat. Kalau hanya beretorik dengan slogan asal bukan UMNO samalah seperti buatlah apa pun yang penting merdeka. Bermakna gerakan kita samalah seperti UMNO.

Majlis Syura Ulamak bertindak pantas dalam hal ini. Sebab itulah, Majlis Syura Ulamak menetapkan beberapa kriteria dan syarat kerjasama politik (tahaluf siyasi) bagi memastikan kerjasama PAS tidak terkeluar dari dasar Islam yang merupakan asas perjuangan PAS. Ini belum lagi soal tapisan calon yang dipuji oleh lawan dan kawan.

Jadi, isu pertemuan, jibrail dalam PAS dan sebagainya hanyalah dakwaan kosong yang dilihat seolah-olah terdapat agenda tersembunyi yang mungkin akan berdentum selepas pilihanraya sebelum pemilihan PAS akan datang. Kita tunggu dan lihat

Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM..

Teras Jernang, 10.45 pagi

1 comment:

  1. teruskan pertahan ulamak dgn jihad pena saudara

    ReplyDelete