04 January 2011

hentikan politik murahan

Nampaknya semakin dekat dengan PRU13, serangan sesama sendiri rancak. Masing-masing sibuk menuduh dan membuat andaian tersendiri terhadap isu yang berlaku seolah-olah pimpinan yang dilantik tidak boleh dipercayai dan suka membuat putar belit.

Penulis tidak Pasti kenapa perkara sebegini berlaku. Adakah kerana sayangkan kepimpinan ini ataupun kerana perancangan cantas mencantas. Niat tersebut hanya pembuat onar penimbul isu sahaja yang tahu. Penulis hanya mampu membuat telahan secara luaran sahaja.

Konvensyen PR telah melabuh tirai dengan menghasilkan resolusi yang cukup mantap. Pengeluaran Buku oren dan jingga cukup menggerunkan musuh sehingga Perdana Menteri one Malaysia sampai sekarang belum melontarkan jawapan balas secara konkrit lagi. Sepatutnya isu inilah yang dama-Sama diketengahkan sehingga semua pembaca dari golongan belia dapat menhadam dengan baik. Yang berilmu agama kemukakan hujjah syariat bagi menambahkan keyakinan rakyat terhadap pentingkan pertukaran kerajaan. Jangan asyik sibuk mencabar perdebatan dalam yang remeh temeh dan sesama sendiri sahaja.

Gendang PRU13 makin hampir..sepatutnya masa kini semakin merapatkan saf bagi mencukupkan syarat kemenangan ke putrajayan. Hentilah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan telahan tanpa bukti di blog, Facebook, twitter dan laman sosial yang lain. Sesungguhnya ini hanya taktik murahan bagi yang ingin mencari glamour yang semestinya dilihat melambatkan perjuangan..rentikanlah....


Bekerja untuk Islam

www.Attakiri.blogspot.com

No comments:

Post a Comment