29 September 2010

argh..kakunya tangan untuk menulis

hampir sebulan penulis bertapa daripada menulis. Bertapa untuk mencari bahan, bertapa untuk mencari idea, bertapa untuk menukar fokus...entahlah. Yang pasti blog ini sudah tidak dikemas kini selama sebulan lebih.

Pada mulanya, penulis ingin menulis kembali silsilah Cinta Ramadhan pada ramadhan yang lalu. Tapi entah kenapa, setiap kali ingin menulis, semangat itu hilang begitu sahaja. Menulis tanpa semangat atau bahasa lembutnya menulis dengan jiwa menyebabkan seni penulisan akan hilang begitu sahaja.

Hari ini, penulis ingin memulakan kembali penulisan, tetapi tidak tahu nak mulakan dari mana. Idea datang mencurah-curah, tetapi tak tahu nak utamakan yang mana.

akhirnya, ku tulis gelodak hati sebagai pemula bicara.

InsyaAllah, Blog Bekerja Untuk ISLAM akan diaktifkan kembali...tunggu

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

No comments:

Post a Comment