2-3 hari ini, tersiar kenyataan Prof. Dr. Aziz Bari tentang kepimpinan PAS yang agak pro UMNO. kenyataan menimbulkan pelbagai polemik baru bagi mereka yang suka melihat kepimpinan PAS berada dalam keadaan keretakan.
ada yang menyokong, ada yang membangkang. penulis membaca begitu banyak ulasan tentang perkara tersebut. yang terkini ialah kenyataan terbuka Tuan Guru Dato' Mursyidul Am mencadangkan agar di adakan Muktamar Khas bagi membincangkan isu kepimpinan ini.
Pada mulanya penulis fikirkan ini satu cadangan yang baik. tetapi setelah difikirkan balik. apa untungnya EGM diadakan.? apakah mandat perwakilan dalam muktamar baru-baru ini tidak mengcukupi.? kenapa dengan satu kritikan dari seorang ahli akademik terus dicadangkan Muktamar Khas.?
Ketika di zaman Dato' Asri memimpin PAS. berlaku semacam ketidakpuasan hati ahli terhadap corak kepimpinan yang terlampau dilihat seakan-akan sekular. PAS dilihat terumbang-ambing dari segi prinsip dan dasar sebagai sebuah parti Islam.
Corak Kepimpinan Dato' Asri memperlihatkan politik individu melebihi politik bermesyuarah. hasil daripada isu tersebut, terdapat kawasan-kawasan PAS yang mengusulkan agar Dato' Asri letak jawatan.
cadangan tersebut adalah cadangan mesyuarat bagi menjernihkan segala kemelut yang berlaku. kemuncak kepada kemelut ini, terhasillah satu gagasan kepimpinan Ulamak.
Muktamar baru-baru ini di Shah Alam telah memperlihatkan kematangan Perwakilan dalam perbahasan dan pemilihan parti. ketika itu hampir kesemua perwakilan menegur kepimpinan yang terlampau ghairah membuat kenyataan terbuka sehingga dilihat seperti berlaku perpecahan dalam kepimpinan.
Muktamar tersebut juga telah membuat keputusan matang bagi memilih pemimpin yang dikehendaki sesuai dengan PAS sebagai sebuah Gerakan Siyasah, Dakwah dan Tarbiyyah.
Isu Kerajaan Perpaduan dapat diselesaikan dengan baik oleh pimpinan dan perwakilan tanpa sebarang permasalahan. inilah antara politik "bertolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketaqwaan".
Selepas kekalahan di PRK Bagan Pinang, persoalan ini ditimbulkan kembali. Kesilapan dalam strategi dilambakkan kepada orang lain sehingga isu Hasan Ali, Arak dan SELCAT ditimbulkan. begitu dengan isu Presiden seolah-olah tidak mengeluarkan kenyataan tentang isu ini seolah-olah bersetuju dengan tindakan Hasan Ali.
terkini lagi dan semakin panas apabila Prof. Dr. Aziz Bari mengeluarkan kenyataan yang cukup pedas. kenyataan ini disambut bagaikan pisang panas oleh beberapa kepimpinan dan para blogger pendokongnya.
Sebelum ini, PAS pernah dikritik oleh para cerdik pandai dan ahli akademik. kenapa persoalan ini tidak pernah dijadikan isu. kenapa selepas Dr. Aziz mengkritik, mula timbul persoalan muktamar Khas tentang kepimpinan.?
Bagi penulis Muktamar Khas ini bakal menjadi sebagai platfom politik "jatuh mengjatuh", bukan sebagai politik "tolong menolong dalam perkara kebaikan". kalau ahli PAS tidak bersetuju terhadap beberapa tindakan kepimpinan yang dianggap lembab. kenapa tidak digunakan sahaja mesyuarat kawasan atau cadangan terus kepada negeri dan pusat.
begitu juga dengan Mursyidul Am (Maaf sebut). alangkah baik kalau Mursyidul Am menegur kepimpinan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. itu adalah langkah yang lebih baik dari terus membuat kenyataan terbuka sehingga menampakkan PAS berlaku perpecahan.
Kalau betul ingin adakan Muktamar Khas, biarlah dilontarkan oleh PAS kawasan dengan alasan yang kukuh dan munasabah.
Jangan kerana terlampau ingin berkuasa dan memerintah. segala adab dalam berjemaah diketepikan begitu sahaja. Kepimpinan PAS bukan tidak boleh dikritik. tetapi sebagai Ahli segala kritikan perlu disalurkan mengikut salurannya agar tidak menampakkan kecelaruan dan keteraburan dalam sesebuah organisasi.
Wala' yang mutlak memang untuk Allah dan Rasul. tetapi selagi pimpinan masih lagi bergerak mengikut landasan, selagi itu wala' perlu diberikan. jangan kerana bersengketaan strategi, ketidak puasan terhadap individu, isu wala' diketepikan begitu sahaja dalam Gerakan Islam.
Kemenangan Islam akan dapat dicapai selagi mana gerakan Islam bergerak atas landasannya. cukuplah pengalaman gerakan Islam yang dulu yang hanya terkedepan dalam perjuangan menuntut kuasa tetapi dikesampingkan ketika mendapat kuasa.
www.attakiri.blogspot.com
Bekerja Untuk ISLAM..

helo bro!!
ReplyDeleteu tak tengok ker persepsi rakyat terhadap PAS dibawah kepimpinan ulama Haji hadi???
Aku dah kenal Hasan Ali belum dia masuk PAS lagi. Buang aje lah dia tu. Dulu pun masa Asri ada juga orang dok bela dia. History repweat itself, belajarlah dari sejarah.
ReplyDeletepatah tumbuh hilang berganti. apa yang berlaku adalah akibat wala' yang keterlaluan, sehingga tidak mampu membezakan di antara intan dan permata. sehingga terpaksa tgna "masuk campur'.
ReplyDeletemereka tidak dapat melihat ke mana pas cuba dibawa dengan urutan2 peristiwa yang berlaku. mereka tidak mampu kaitkan ke mana "kepimpinan ulama tercabar" hendak membawa pas. mereka hanya jadi penumpang bas yang setia tanpa mampu memperdulikan cara tidak beretika pemandu. mereka tidak ambil kisah cara memandu yang boleh memudaratkan orang ramai. peduli apa sedangkan kemudaratan yang boleh menimpa mereka pun mereka tidak sedar.
peduli apa pemimpin berbohong dalam isu "pertemuan dalam gelap". peduli apa penipuan "dipersetujui majlis syura ulama". akibatnya pas terengganu bersesak2 di jalan raja laut. "orang2 lama" berlonggok di jalan raja laut. pandangan hati sudah jadi kabur kerana termakan racun wala' dari "kepimpinan ulama" yang dipertahankan dengan cara penipuan.
racun wala' telah berjaya melalikan sehingga tak kelihatan bahawa ulama akan mencemari 'kepimpinan ulama'. tak kelihatan ulama tidak faham "konsep kepimpinan ulama". presiden dan timbalan presiden mesti ulama. mereka terikut2 rentak tarian ulama kerana tarian itu akan menjaminkan mereka ke syurga!
menolak pandangan mursyidul am, tindakan pertama oleh 'kepimpinan ulama', mesti dipatuhi. kritikan mursyidul am usah dilayan malah perlu dibakulsampahkan. peringatan almarhum fadzil noor mesti diketepikan. "wawasan" 'kepimpinan ulama' selepas muktamar ke 55 dijunjung.
inilah kepimpinana yang ada pada hari ini. lahir dari pil wala' yang diedarkan menjelang muktamar ke 55. sejauh mana kesan pil ini akan terserlah pada muktamar khas nanti, jika diadakan. hubaya, hubayalah!
jangan salahkan pemimpin. salahkan diri anda yang telah memilih pemimpin. bukan dengan sukarela dan di atas kesedaran sendiri. kerana sanggup menelan bulat2 pil wala' yang "diberi". teruslah berkhayal dan pertahankan "kepimpinan ulama tercabar"!
pandangan orang bukan politik jangan dilayan. mereka tidak layak walaupun kerana mereka ahli akademik. lihat sahaja respon hebat, canggih, berilmu dari orang politik seperti ketua penerangan pas. bak kata tuan ibrahim, mereka tidak tahu apa yang berlaku dalaman dan hanya melihat dari luar. lalu pandangan mereka adalah selekeh sekali.
pedulikan persepsi pengundi kerana pas tidak mengharapkan undi mereka. pas ada Allah, jika kita ikhlas, Allah pasti tolong pas.
wallhu'alam.
hahaha budak2 perpaduang nih mu jangang lawang, makang ikang laging baikg kah kah kah . . .
ReplyDeletebodoh, ko tengok komen anon 1 pon dah cukop nak muhasabah.
woi! kalau bodoh tolong jangan bagitau orang laen! simpan sendiri...
Mung lagi pandai dari Tok Guru Nik Aziz pulok. Mu jadi mursyidul lah kalau gitu. Mung wala' ke sapa? Mu wala ke TGNA ke? Mung wala' kat UMNO?
ReplyDeleteGeng Erdogan(fraksi Anwar) yang tidak dapat menguasai PAS dulu sekarang menggunakan taktik halus dengan menyalahkan ketua2 tertentu dengan harapan akan dibuang keluar parti.
ReplyDeleteFraksi Anwarlah inilah yang telah merosakkan PAS sebagai parti Islam.
Ikut sangat telunjuk Anwar,padan muka PAS.
Ko jangan jadi Tak Cerdik. Sekurangnya Anwar bersahabat dengan ramai ulama besar dunia. Dr Yusof Qaradhawi, Syekh Taha Jabir Alwani. Diorang datang rumah Anwar masa kecat pecat TPM dulu. Masa bila pulok ko lagi pandai dari Dr Yusof Qaradhawi di dalam menilai Keislaman seseorang. Sekadar lebai, tak masuk bincang
ReplyDeleteMung nih lagi pandai dari TGNA pulok. Mung belajor pun tak habih. Gi belajor perabih dulu, baru tunjuk pandai kat Malaysia.
ReplyDeleteBagus buat EGM ni.
ReplyDeleteAsah pisau tajam2.
Nak tengok siapa akan ditikam dari belakang dan siapa yang gila kuasa.
Aku tak lebih pandai dari Dr Yusof Qaradhawi pasal Anwar ni.
ReplyDeleteTapi aku ikut Mat Sabu PAS sendiri kata Anwar ALjuburi.
Jangan pura2,dulu PAS tak kutuk Anwar ke?.
T.kasih Nazri di atas artikel tersebut. Cuma ada beberapa perkara yang saya tak faham bila membaca komen-komen kekalahan PAS/PR di Bagan Pinang baru-baru ni, termasuk komen oleh Prof. Aziz Bari ini:
ReplyDelete1. Dalam PRK-PRK sebelum ni apabila PAS/PR menang di K.Trg dan P.Pinang khususnya dan kemenangan di PRK lain oleh parti lain dalam Pakatan Rakyat, semua org kata kita sedan menuju kemenangan besar PRU 13, rakyat seluruhnya bersama PR, dan tidak timbul secubit pun akan kelemahan pimpinan mana-mana parti, bahkan semuanya seperti comel belaka. Tiba-tiba kalah dalam satu PRK, semuanya jadi buruk belaka. Ana tak boleh nak faham lojik ini.
2. Agak-agaknya kalau PKR atau DAP yg bertanding di Bagan Pinan hari tu, boleh menang tak? Kalau kalah, agk-agaknya ada tak org cadang supaya rombak kepimpinan PKR dan DAP ?
3. Tak kan lah kalah satu PRK, tiba-tiba kepimpinan PAS nak kena rombak? Selama-lama ni, PAS tak pernah kalah PRK ke? Lagipun Bagan Pinang ni Neg.9, bukannya di Kelantan ! Tempat tu pulak penuh dgn undi Pos tentera, cawangan PAS pulak hanya ada dua, dgn keahlian lebih sikit dari 100 org. So, ana tak nampak rasionalnya tulisan Prof. Aziz tu di sini.
4. Dalam suvey Merdeka Center tu, 43% dari pengundi berdaftar tak yakin dgn PR. Kenapa tidak diberi angka berapa peratus yang yakin dgn PR? Adakah ini bermakna selebihnya tu yakin dgn PR? Kalau betul, makna hebatlah PR ! Maka, konsistenlah dgn keputusan PRK-PRK sebelum ini. So, kenapa di highlightkan yg 43% tu dan dikaitkan seolah-olahnya PAS yang bertanggungjawab sepenuh nya, sedangkan survey tu utk Pakatan Rakyat, bukannya kpd PAS sahaja. Takkan Prof. Aziz tak perasan yang majoritynya mungkin yakin dgn PR? Ini yang saya tak boleh faham ni..
5. Dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai keahlian yg jauh lebih besar dari PKR dan DAP. PAS juga mempunyai cawangan yang jauh lebih banyak. Umum semua tahu, kalau kerja-kerja operasi di bawah, ahli PAS lah yang terpaksa membantu kekawan lain. Alih-alih bila ada 43% tak yakin dgn PAkatan Rakyat, PAS pula yang dipersalahkan.
6. Kalau ikut undi popular PRU12 di peringkat DUN, PAS jauh lebih popular dari PKR dan DAP. PAS dpt 21% dari seluruh undi DUN negara, PKR 12%, DAP 14%. Habis, bila kalah di Bagan Pinang, tempat di mana kalau Anwar Ibrahim bertanding pun belum tentu menang, PAS dikatakan sangat lemah lalu kena tukar kepimpinan.
7. Porf. Aziz kaitkan punca kekalahan dengan isu-isu di negeri PR. Tapi isu-isu yang memberi imej yg tidak elok kpd PR tu berlaku di Pulau Pinang (kampung Buah Pala) dan Selangor (Selcat dan kepala lembu). Tapi bukan ke P.Pinang di bawah teraju DAP, Selangor pulak di bawah teraju PKR, apa pasal PAS pulak yang menjadi kambing hitam? Satu lagi logic yang ana tak boleh faham.
8. Prof. Aziz single out Dr. Hassan Ali. Mungkin kerana bagi Prof Aziz, isu Selcat memberi kesan sehingga kalah teruk di Bagan Pinang. Ana tak tahu lah dengan org lain, tapi ana sendiri tak berapa nak faham apa kebenda Selcat tu?? Ana rasa, kalau india-india estate di Bagan Pinang tu faham tentang Selcat, memang kesedaran politik rakyat Malaysia amat hebat lah!
9. Yang paling saya tak boleh nak faham, kenapa ditimbul-timbulkan lagi tentang UG tu? Takkan lah kalah sekali dari 8 PRK, di tempat yang memang kubu kuat UMNO, di tambah dengan undi tentera mencecah 5000, tiba-tiba dikaitkan balik dgn UG yangd ah lama berkubur, dan Presiden PAs pulak yang kena hentam.
Kalau ada sesiapa yang nampak the whole logics behind this article, please elighten me. I am in the dark here.
Wsm
Apa ganjilnya,kekalahan di Bagan Pinang dijadikan peluang untuk menumbangkan ketua2 tertentulah.
ReplyDeleteBila lagi?
Asah pisau aje.
Attakiri ni...
ReplyDeleteYang tak suka muktamar adalah orang yang ada agenda sendiri. Muktamar adalah syura yang besar. Bila syura yang besar memutuskan untuk kuatkan PR, kamu buat yang bertentangan muktamar.
Pasal apa takut sangat muktamar. Kamu gemar buat kemutusan sendiri. Lepastu bagi kesan kat jemaah. Mulalah tersasau ke hulu-ke hilir cari sokongan.
Tengok isu dialog dalam gelap dengan UMNO. Mana pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat. Lepa tu minta Syura backup. Lepas tu isu UG, tak pernah dibincang juga. Bila dibincang dalam mesyuarat AJK, ditolak. Tapi lepas Nasha menang teruskan lagi. Lepas tu bela Hasan Ali, kata tiada apa-apa kesalahan, juga tak pernah dibincang.
Kamu ingat PAS ni Parti Sdn Bhd ke?
Belajar le jaga seberang Takir dan Negeri Terengganu dari UMNO dulu. Lepas tu baru kita bincang tentang perintah Malaysia.
ReplyDeleteYang basic pun tak selesai lagi dah pandai nak komen Mursyidul Am.
Anon 11:10
ReplyDeleteKalau tak dapat jawab, salahkan Erdogan. Kalau berbeza pendapat, labelkan Erdogan. Kalau jemaah kacau sebab tindakan bodoh, cari Erdogan.
Dah berapa lama dalam PAS. Belajar berhujah le sikit.
Ni macam kes Musyrikin Mekah tak mahu terima Nabi sebab Jibrail jadi perantara.
Anon 11:56 AM,
ReplyDeleteKalau tak dapat jawab, salahkan fraksi UMNO. Kalau berbeza pendapat, labelkan fraksi UMNO.
Pusing kiri,pusing kanan,sama aje.Tidak ada beza.
kalau PAS kena buang Hassan Ali, Ustaz Nasa, TGHH... kerana 'loose cannon mereka', maka
ReplyDeletePKR kena buang
Zul Nordin, Azmin Ali (dia suruh MB Selangor ganti barisan exco, dan kes PKR di Sabah), Wee Choo Keong
DAP kena buang
Lim Guan Eng (Kg Buah PAla), ADUN DAP Kota Setar di Kedah (dah umum tarik DAP Kedah keluar PR dah), Jeff Ooi dan Tony Pua...
nampaknya.. PR tinggai berapa kerat MP saja...
syabas atakiri.
ReplyDeletesaya pun tak faham kenapa kita perlu ada muktamar khas sedangkan kita baru saja selesai bermuktamar 5 bulan yg lalu.
Presiden dan seluruh kepimpinan yg ada telah mendapat fresh mandate drp ahli PAS.
kenapa tokguru susah nak terima keputusan muktamar???
atau tokguru susah nak terima kekalahan anakdidik dia drp kelantan???
terima kasih atas semua komentar..nampaknya ramai yang menentang daripada menyokong.
ReplyDeletePenulis suka menerima kritikan yang bernas dan bukan membabi buta.
Tidak terniat dihati untuk melawan mursyidul Am, cuma penulis mengeluarkan pendapat sebagaimana beliau mengeluarkan pendapat.
isu Muktamar Khas bukan hanya dapat diputuskan oleh seorang mursyidul Am, tapi mesti diputuskan oleh 2/3 perwakilan.
itu yang penulis sebutkan bahawa apa untungnya kita mengadakan muktamar khas. apa masalahnya dengan pimpinan yang telah dilantik?
Kenapa kekalahan Bagan Pinang dijadikan medan untuk mengkritik orang lain. penulis telah sebutkan sebelum ini tentang kekalahan di Bagan Pinang.
kenapa ketika PAS menang tipis dimanik urai, tidak timbul isu kepimpinan.
kenapa ketika PAS kalah di bagan Pinang, pimpinan pusat dijadikan mangsa.?
ini semua antara kepelikan yang berlaku.
persoalan wala'. ooo, kalau mengkritik kepimpinan tidak apa, tetapi kalau mengkritik mursyidul AM, dikatakan tidak wala'. adakah PAS ni parti Sdn. Bhd?
minta maaf agak terkasar..tetapi itu sahaja jawapan yang penulis rasakan sesuai.
inilah masalahnya apabila prestasi politik mengjadi ukuran kehebatan gerakan Islam
www.attakiri.blogspot.com
Bekerja Untuk ISLAM
Biar Pas kalah asal Islam menang. Jom kita kalahkan Pas! Kita akan pastikan Islam menang.
ReplyDeleteAnak Perelih,
ReplyDeleteNak jadi pimpinan Pas kena ada standard yang tinggi. Pasal apa bandingkan dengan Parti lain. Pas lebih tinggi dari mereka.
Yang pastinya standard setiakawan dan menepati janji adalah syarat pimpinan Pas. Kalau menipu tu tak layak jadi pimpinan Pas. Sekejap berjumpa dalam gelap, sekejap tidak, sekejap nak saman blogger dan Pak Lah bagi check mate. Yang ni tak layak jadi pimpinan Pas. Nak jadi pimpinan parti lain mungkin layak. Ada paham?
Attakiri,
ReplyDeleteBack to the basic le. TGNA saman Utusan sebab Utusan melaporkan semua nasihat dia mesti dipatuhi. Ini menunjukkan TGNA tak mahu orang mengikuti dia membuta tuli. Tak pernah walau satu saat pun dia kata mesti ikut dia sebab wala'. Yang pakai senjata wala' ni sebab tak ada hujah. Kalau ada hujah tak perlu minta orang wala' sebab otomatik orang akan ikut.
aku sokong EGM pasai sebelum muktamar dahulu ada pihak mempergunakan istilah kepimpinan ulama untuk memenangkan puak mereka..itu tak betul
ReplyDeleteterima kasih.
ReplyDeletePenulis masih menunggu hujjah yang paling konkrit untuk Muktamar Khas
p
Saya setuju dengan ustaz....saya turut rasakan kali ni TG Nik Aziz agak terlajak....sebagai penggerak di cawangan saya rasa amat terkilan bila pimpinan sendiri membuka peluangh orang ramai mencemuh pimpinan lain....memang jamaah kita perlukan pengukuhan dari segi tarbiah nampaknya... namun apa pun isu sedikit pun tidak menghilangkan kasih dan hormat saya pada TGNA...
ReplyDeletejom kongsi pandangan...http://anaksengat.blogspot.com/
ReplyDeletePenting. EGM sangat penting. Ia adalah syura peringkat tertinngi. Geng-geng dikatakan UG ni sering buat hal. Sebelum pilihanraya Bukit Gantang, keluar isu arak. Sebelum pilihanraya Manik Urai, bagi bola tangung dengan isu kerajaan perpaduan. Kemudian sebelum pilihanraya Bagan Pinang, bagi boleh tanggung lagi dengan isu Selcat. Siap panggil press conference lagi tu.
ReplyDeleteIni TGNA kata Ghok Ghak tu. Presiden...diam saja.
Puak pro PKR yang cekap menghebohkan berita melalui internet nilah yang banyak membuat masalah kepada pas. Persepsi rakyat bawahan tetap teguh di bawak kepimpinan ulamak. Pemimpin atasan PAS ada halatuju sendiri dan tak perlu ikut telunjuk PKR dan DAP.
ReplyDeletePost mortem kekalahan Bagan Pinang, perlu juga meneliti komen-komen TG Nik Aziz yang menimbulkan kemarahan orang melayu dan menyebabkan orang melayu tidak menyokong PAS.
Assalamualaikum
ReplyDeleteMaaf x pasti mcm mana mahu contact anta. Dato Dr Hasan ingin menjemput rakan-rakan bloggers kerumahnya esok Isnin 26 Oktober isyak berjemaah untuk majlis ramah mesra dan dailog. Alamat Lot 3586 jalan 4/71B pinngiran ttdi, (depan masjid al ghufron. Sila nyatakan kehadiran. Tkasih. Roslan SMS