11 July 2009

Kenangan Lalu (2002 – 2007) ; Perginya tidak kembali

(Sedang Mendengar taklimat. 2.10.2002)

2-3 bulan ini, penulis mula terlibat sedikit demi sedikit dengan pergerakan kampus. Walaupun sekadar penglibatan yang biasa, tetapi sekurang-kurang kenangan ketika berada alam Mahasiswa di Syria kembali menjengah ke kotak pemikiran.

Ramai orang selalu mendakwa bahawa kerja persatuan cukup membazirkan waktu. Bagi penulis, segala apa yang berlaku pada hari pada diri penulis ialah hasil daripada pengalaman penulis bersama dengan persatuan ketika alam belajar.

Untuk berkongsi perasaan pada hari itu, penulis akan cuba meletakkan kembali artikel dan kertas kerja yang pernah ditulis ketika penulis berada di Syria (2002-2007).

Sesetengah blogger berminat untuk menulis diari dan kisah kehidupan terdahulu untuk dikongsi pembaca. Penulis bukan tidak berminat, tetapi penulis tiada kemahiran dalam menulis diari kehidupan dicampur lagi tiada kehebatan apa-apa dalam diri penulis untuk dikongsi.

Jadi, sebagai satu pembacaan yang bermanfaat (Kalau bermanfaat), tidak salah rasanya penulis berkongsi kembali tulisan penulis yang lepas untuk para pembaca khususnya para mahasiswa.

Kalau tulisan tersebut bermanfaat untuk digunakan, ambillah tanpa segan. Kalau tulisan tersebut tidak memberi apa faedah, jangan dibuang.

Pengalaman ketika berada di Syria cukup berkesan dalam diri penulis. Pengalaman berdepan dengan suasana baru, belajar berorganisasi, krisis wala’ dan bara’, kejayaan dan kegagalan dan bermacam 1001 peristiwa yang sehingga kini masih terbayang di mata penulis.

Dalam mengimbau kenangan yang lalu samada ketika berada di Madrasah Darul Taqwa (1991-1995), Maahad Darul Quran (1996-2002), Kuliyyah Dakwah Islamiyyah (2002-2007) ialah gambar yang disimpan selalu hilang pada saat akhir.

Penulis tidak tahu kenapa dan mengapa. Jadi sampai sekarang segala kenangan tersebut hanya tersimpan dalam memori sahaja. Segala gambar-gambar yang di ambil, entah mengapa selalu hilang dari simpanan.

Yang tinggal hanya sebilang kecil daripada beratus-ratus gambar kenangan yang hilang entah ke mana.

Nak kata terkilan, tidaklah juga. Tapi mungkin ada hikmah disebalik kehilangan gambar-gambar tersebut.

Selamat berkongsi

www.attakiri.blogspot.com


Bekerja Untuk Islam

No comments:

Post a Comment