29 July 2009

HASILAN KAJIAN BERKENAAN HUKUM VIGIL

Oleh : Sekretariat MPPH.

Pengenalan

Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia samada yang beragama Islam ataupun tidak. Oleh sebab itu, perbincangan Ilmu Feqah diletakkan juga perbahasan berkenaan dengan ahli Zimmah (golongan bukan Islam yang bernaung dibawah Negara islam.).

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Mumtahanah : 8)

Sabda Nabi SAW :

عَنْ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ عَنْ النَّبِيِّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏قَالَ ‏: ‏مَنْ قَتَلَ نَفْسًا مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya : Sesiapa yang membunuh seorang yang mempunyai perjanjian (perdamaian), maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga, walaupun syurga itu dapat dihidu bauannya sejauh perjalanan 40 hari. (Riwayat Al-Bukhari)

Matlamat untuk membela keadilan semua golongan keharusannya adalah jelas berdasarkan kepada penghujahan syarak, bahkan ia wajib ke atas umat islam membela semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama.

Isu nyalaan lilin atau dikenali sebagai VIGIL banyak dipersoalkan pada hari ini, dan tidak kurang pula golongan yang sedang menunggu dengan panapisnya untuk menangguk di air yang keruh.

Bagi pihak Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), isu ini memerlukan kepada penjelasan terperinci terhadap umat islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya.

Setelah membuat kajian dan penyelidikan, kami dapati memegang lilin tidak boleh disifatkan harus secara mutlak dan tidak boleh disifatkan haram secara mutlak.

Ini kerana, tujuan dan cara penyalaan lilin serta sempenanya adalah berbeza, menjadikan natijah hukumnya juga adalah berbeza.

Tujuan Nyalaan Lilin.

Setelah dibuat kajian dan penelitian, memegang lilin atau vigil dapat disimpulkan penggunaannya untuk beberapa tujuan. Antaranya:

1. Pemujaan: kebiasaanya diletakkan di kiri dan kanan gambar si mati. Ini diamalkan di dalam agama yang memuja mengagungkan serta meminta keberkatan dan restu daripada nenek moyang yang telah meninggal.([1])

2. Berkabung: kebiasaannya dinyalakan oleh mereka yang mengziarahi si mati. Ia mengandungi kepercayaan tentang roh si mati yang sedang berlegar di sekeliling si mati dalam tempoh 3 hari untuk bersatu semula dengan badanya yang asal. Nyalaan lilin dipercayai boleh membantu roh tersebut.([2])

3. Kepercayaan kepada kuasa: sebahagian daripada penganut buddha mempercayai bahawa lilin dapat memberikan kuasa dan nasib yang baik. Oleh itu, kadangkala lilin virgin boleh dianggap pembawa tuan dan berkat.([3])

4. Simbol: Bagi kebanyakan budaya barat, lilin dijadikan simbol yang menunjukkan protes terhadap sesuatu perkara. Ia dijadikan simbol kecerahan dan cahaya sebagai simbolik terhadap tuntutan pembaikan pulih sesuatu perkara. Ia juga simbol kepada umur dan sebagainya.([4])

Secara pastinya, ia bukan budaya kebiasaan dan adat umat islam atau kebudayaan kaum atau bangsa yang lahir daripada fitrah kemanusiaan, bahkan ianya lahir daripada kepercayaan dan fahaman.

Untuk Laporan penuh sila pergi ke sini


Harap dapat Sebarkan

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk Islam...

No comments:

Post a Comment