Selepas berlakunya peperangan Badar Nabi mengadakan
mesyuarat bersama dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar tentang bagaimana
menguruskan tawanan badar. Saidina Abu Bakar mencadangkan supaya mereka
ditebus. Manakala saidina Umar mencadangkan supaya di bunuh sahaja tawanan ini.
Nabi lebih cenderung kepada pandangan Saidina Abu Bakar.Selepas keputusan di
capai. Allah menurunkan ayat menegur keputusan yang telah dibuat.
Sejurus selepas turunnya ayat teguran tersebut, Nabi dan
Saidina Abu Bakar menangis atas teguran tersebut. Dalam keadaan ini, apa sikap
saidina Umar?. Adakah Saidina Umar melontarkan ucapan “ aku dah kata tadi”,
atau “saya memang tidak setuju dari awal keputusan tu”. Tapi tidak. Saidina
Umar turut menangis bersama Nabi SAW atas keputusan yang dibuat.
Dalam kaedah mesyuarat, keputusan yang dibuat samada
keputusan tersebut dipersetujui oleh individu yang berada dalam mesyuarat atau
tidak dikira sebagai keputusan bersama. Tidak timbul ungkapan “aku kata dah”
atau “PAS tidak patut buat keputusan ni” atau “saya akan tulis dosa-dosa PAS
dalam keputusan ni”
Ini adalah ungkapan golongan yang tidak reti berorganisasi.
Hatta dalam syarikat pun, apabila bahagian pengurusan telah membuat keputusan
semua pihak perlu melaksanakan bagi memastikan produktiviti berjalan dengan
baik.
Sejurus selepas selesai PRU13, penulis mengjangkakan tiada
isu panas yang timbul. Rupa-rupanya tidak. Isu Kota Damansara dijadikan modal
untuk menghentam presiden habis-habisan yang kononnya presiden melanggar
perjanjian. Walhal sebelum ini, Tuan
Guru Presiden telah menjelas kenapa berlaku pertindihan ini secara jelas
sebelum PRU13 berlangsung.
Tiba-tiba muncul segelintir pimpinan seperti YB Khalid
Samad, YB Dr. Hatta dan YB Hanipa Maidin sibuk mempertikaikan keputusan secara
terbuka. Bahkan YB Khalid Samad hendak menulis dalam blog tentang isu ini konon
PAS berdosa membuat keputusan tu. Kelakar betul, sudah tentu dalam mesyuarat
tersebut, beliau hadir sekali. Kenapa tak bertanya terus kepada Presiden
tentang dosa dan pahala ketika tu. Penakut sangat ke.?
Isu ini dihangatkan lagi dengan penulisan blog-blog yang
mendakwa sebagai penyokong PAS sehingga timbul pulak PAS akan membuat kembali
Unity Government (UG). Yang begitu mengesalkan penulis,terdapat segelintir AJK
PAS Pusat memberi maklumat kepada blogger ini untuk mendedahkan isi
perbincangan mesyuarat untuk tatapan umum. Yang ini lagi pelik.
Yang begitu mencuitkan hati, ketika mana Isu Kota Damansara
dihangatkan dengan dakwaan kononnya kesilapan Presiden. Tiba-tiba Timbalan
Presiden PKR YB Mohamed Azmin Ali mengakui kesilapan PKR kerana lambat
menyelesaikan isu calon sehingga berlaku pertindihan. Nah, bagai batu yang
menghentam kepala.
Jadi sekarang, silap siapa. Kenapa mereka yang menghentam
presiden sibuk membela orang lain dan menyalahkan presiden sendiri.
Bagi penulis, isu Kota Damansara bukan satu isu yang perlu
diperbesar-besarkan. Bukan sekadar PAS sahaja yang bertembung dengan PSM.
Bahkan PKR pun bertembung dengan PSM di Semenyih. DAP pun sama bertembung
dengan PSM di Dun Jelapang, Perak. Kedua-dua parti ini tidak bising pun semacam
bisingnya segelintir pimpinan PAS ini.
Pada pandangan yang sedikit jahatlah. Isu ini sekadar batu lonjatan
untuk menjatuhkan presiden secara terancang. Isu kegagalan PRU diletakkan
kesilapan sepenuhnya kepada Presiden. Walhal yang mengatur strategi dan
pengurusan calon ialah YB Dr. Hatta Ramli. Kenapa dia tidak dipersalahkan.
Kalau mengikut logiknya. YB Dr. Hatta dikira sebagai
pengkhianat parti kerana banyak melepaskan kerusi-kerusi PAS kepada parti rakan
kononnya diplomasi tanpa penghujahan konkrit sehingga mengecilkan hati PAS
kawasan. Presiden PAS telah umumkan bahawa PAS akan bertanding 76 kerusi
parlimen. Kenapa Pengarah Pilihanraya tidak pertahankan kawasan-kawasan PAS
ini.
Kesimpulan yang boleh diberikan, inilah akibatnya apabilan
Putrajaya terlampau dijadikan matlamat yang terlampau-terlampau. Sedangkan Tuan
Guru Presiden selalu membacakan ayat berkenaan bahawa kemenangan itu merupakan
anugerah Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
PAS bergerak sebagai sebuah Jemaah bukan sekadar parti
politik. Apabila segelintir pimpinan beranggapan PAS sebagai parti politik
semata-mata. Setiap kekalahan pilihanraya mula menuding ke sana dan ke sini
yang kadang kala untuk menutup kegagalan sendiri.
Layak ke orang sebegini menjadi pimpinan PAS?
www.attakiri.blogspot.com