Oleh : Zulhimi Attakiri
Pakatan Harapan (PH) sering melaungkan
bahawa sesiapa yang tidak bersama mereka dikira sebagai memenangkan BN dengan
alasan bahawa pertembungan 3 penjuru akan menguntungkan BN. PH juga beralasan
bahawa pertembungan dalam PRU14 adalah pertembungan antara BN dan PH. satu
penyataan yang dangkal dari sudut analisisnya.
Untuk mengetahui siapa pengacau dan
siapa pemain utama, perlu dilihat kepada kekuatan parti tersebut. Berdasarkan
kepada 2 program besar pembangankang iaitu fastaqim yang dianjurkan oleh PAS/Gagasan Sejahtera dan himpunan anti kleptokrasi anjuran PH jelas menunjukkan siapa
pemain utama pembangkang dan siapa pengacau dalam pembangkang.
Untuk menguasai negara, perlu menguasai
undi teras iaitu undi melayu. Dalam konteks politik negara, hanya UMNO dan PAS
sahaja merupakan parti teras kepada orang melayu dalam segmen yang berbeza. PAS
dengan asas Islam yang menjadi agama asas kepada orang melayu dan UMNO dengan
semangat kebangsaan melayunya. Setakat ini PH masih lagi gagal menguasai undi
melayu walaupun terdapat 2 parti yang mempunyai asas untuk menguasai pengundi
melayu iaitu Pan dan Ppbm. Namun, sampai sekarang sokongan melayu masih tidak
memihak kepada PH kerana rakyat melihat penguasaan Dap ke atas PH amat kuat.
Kalau dilihat kepada analisis sokongan
undi teras, PAS dilihat semakin mendominasi undi teras melayu dalam beberapa
analisis yang dibuat oleh badan penganalisa seperti IDE, Merdeka center dan
pusat kajian PAS sendiri. Dengan kekuatan ini boleh dilihat parti mana yang
menjadi pemain utama dan pengacau dalam pembangkang. Parti komponen dalam PH
perlu berfikir dengan lebih mendalam, apakah PH mampu untuk ke Putrajaya dengan
hanya bergantung kepada undi cina yang dilihat semakin merosot.
Kalau mengikut tinjauan yang dilakukan
oleh akhbar berbahasa cina sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini,
hampir 13% pengundi cina lebih rela memilih PAS daripada UMNO. Ini adalah satu
perkembangan yang baik. Tidak mustahil sokongan ini boleh meningkat sehingga PRU14. Pengundi cina amat
mementingkan kestabilan politik dan ekonomi. Begitu juga dengan akauntabiliti
pemerintah. Pimpinan DAP di Pulau Pinang sedang berdepan dengan isu ketelusan dalam
pemerintahan berikut beberapa kes yang melibatkan SPRM termasuk kes banglo Lim Guang Eng dan kilang
haram. Tidak mustahil dengan isu-isu ini memberi kesan kepada 85% pengundi cina
yang pernah menyokong DAP sebelum ini. jika sokongan pengundi cina turun
sehingga 70%, tidak mustahil DAP akan jatuh di Pulau Pinang.
Kekuatan PH bergantung kepada DAP. Jika
undi DAP merosot, PH pun pasti merosot. Dengan sebab itu, DAP dilihat sebagai
abang besar dalam PH. ini dapat dibuktikan dengan jumlah kerusi yang dimenangi
oleh DAP yang jauh lebih besar daripada parti yang lain. Penurunan kerusi DAP
di Sabah dalam PRN baru-baru ini, sebagai petanda awal kemerosotan DAP.
Sokongan pengundi cina kepada DAP sudah dianggap sebagai kemuncak dan tidak
mustahil berlaku kemerosotan. Himpunan anti kleptokrasi menunjukkan seakan-akan
kemerosotan itu sedang berlaku.
Dengan perkembangan ini, boleh ditentukan parti mana yang menjadi
pemain utama dalam pembangkang dan parti mana yang menjadi pengacau dalam
pembangkang.
Teruskan Perjuangan
Bekerja Untuk ISLAM