Oleh : Zulhimi Abd Rahman
Tindakan YB Datuk Seri Azalina Othman mencadangkan supaya RUU di
perawalkan wajar dipuji. Hasil daripada cadangan tersebut menyebabkan media
masa memberi penjelasan yang tepat kenapa akta 355 perlu dipinda. Mungkin
perwatakan Azalina tidak menepati kehendak Islam. Tetapi semangat untuk melihat
undang-undang Islam diperkasakan diharapkan menjadi kunci hidayah kepada untuk
mengamalkan kehidupan Islam dengan lebih sempurna
Pindaan Akta 355 adalah untuk memperkasakan undang-undang Mahkamah
Syariah. Akta 355 dilihat lebih rendah kuasanya daripada mahkamah Majisterit.
Sedangkan sebelum penjajahan bermula, undang-undang jenayah Syariah menjadi
undang-undang tertinggi sebelum dipinda oleh penjajah sehingga undang-undang sivil
dibentuk kononnya untuk mengejar kemajuan. Batu bersurat di Terengganu menjadi
antara bukti kukuh bahawa undang-undang jenayah syariah telah dikuatkuasakan.
Memang pindaan akta ini tidak mencapai lagi tahap Pindaan Hudud yang
memerlukan kelulusan 2/3 ahli parlimen. Namun PAS menggunakan peluang yang ada
mengemukakan sedikit demi sedikit pindaan akta bagi membolehkan kanun jenayah
Syariah dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Perjuangan PAS untuk memartabatkan Kanun Jenayah Syariah ini bermula
semenjak penubuhannya pada tahun 1951. Berjaya diluluskan di Kelantan pada
tahun 1993. Berjaya dibawa sedikit untuk cadangan pindaan melalui Rang
Undang-Undang Persendirian untuk dibahaskan di parlimen pada 2016. Itupun belum
sepenuhnya lagi Berjaya. Bayangkan masa yang di ambil oleh PAS.
Namun PAS terus konsisten untuk membawa mesej Islam yang bukan sahaja
teori namun menjadi asas kepada penyelesaian kepada permasalahan negara.
Sepatutnya usaha PAS ini wajar dipuji dan disokong oleh kesemua ahli
parlimen yang beragama Islam. Begitu juga dengan NGO dan tokoh professional Muslim
tanpa membuat ulasan dan jangkaan politik sempit
Sepatutnya kalau mengikut logik pemikiran politik sempit. Isu RUU ini
pasti menguntungkan UMNO kerana akan menaikkan imej UMNO yang ingin menobatkan
islam secara serius. Namun, PAS memandang tanggungjawab agama melebihi
kepentingn politik kepartian
Tidak kisah siapa yang mendapat untung. Apa yang penting, selagi ada
ruang untuk Islam didaulatkan. PAS akan gunakan peluang ini
Oleh itu, Sayugialah kepada semua ahli parlimen Islam supaya
bersama-sama mendokong usaha ini dengan cara pastikan pindaan ini Berjaya diluluskan
dalam parlimen nanti. Usah pandanglah kepada agenda politik murahan DAP yang
mencipta pelbagai alasan untuk menolak RUU ini.
Pandanglah dengan mata hati. Pandanglah dengan akal yang dipandukan
dengan Syariah untuk sama-sama memberi sokongan penuh terhadap RUU ini.
Kepada DAP, MCA dan Gerakan, mohon jangan campur urusan orang Islam. Ini
boleh menimbulkan suasana tegang dan tidak selesa dalam masyarakat Malaysia
Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya diberikan petunjuk kepada
semua ahli parlimen Islam dan Bukan Islam untuk memberi sokongan kepada usul
pemerkasaan mahkamah Syariah Ini.
Kepada Allah kami memohon pertolongan
Teruskan Perjuangan
Bekerja Untuk ISLAM