07 November 2015

PAS sebagai Penasihat

Oleh : Zulhimi Attakiri

Heboh dua tiga hari sebelum ini apabila Tuan Guru Presiden mengumumkan bahawa PAS sedia menjadi penasihat dan pembantu jika Barisan Nasional mengubah dasar. Ucapan ini sememangnya menjadi sinonim pada perjuangan PAS yang berasaskan Islam. Bahkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengungkapkan ucapan yang sama.

Ini menggambarkan kesatuan fikrah dikalangan pejuang Islam yang kejap dengan prinsip Islam.

Dalam hal ini, YAB Menteri Besar Terengganu terjangka silap faham atau sengaja buat tidak faham apabila mengumumkan ingin melantikan Tuan Guru Presiden sebagai penasihat kerajaan. 

Isu yang kedua yang patut dipandang ialah peranan pembangkang itu sendiri. Peranan pembangkang dalam negara demokrasi adalah sebagai semak dan imbal kepada sebuah kerajaan. Bermakna tugasan pembangkang adalah bertindak menegur kerajaan jika dasar, polisi dan perlaksaan lari dari sasaran yang ditetapkan.

Namun, pembangkang dan kerajaan perlu bersatu apabila terdapat ancaman yang boleh mencabar kedaulatan negara. jika ancaman tersebut tidak disedari seperti perjanjian TPPA yang amat berbahaya. tugasan pembangkang adalah memperingatkan supaya ancaman tersebut dapat disedari dan kerajaan tidak bertindak menjual negara kepada pihak luar

Jika teguran itu tidak diterima, menjadi tanggungjawab kepada PAS untuk berusaha mengambil alih kuasa menjadi parti pemerintah untuk memastikan tanggungjawab membina Malaysia menjadi lebih terarah dan berasaskan konsep dan prinsip kenegaraan menurut acuan Al-Quran.

Kenyataa Tuan Guru Presiden adalah jelas. Tugas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan adalah untuk mengubah keadaan dan bukan kerana tamakkan kuasa. jika BN mampu mengubah keadaan dengan mengubah dasar perjuangannya. PAS boleh bersama untuk sama-sama mendokong dan membantu Barisan Nasional.

Faham DAP dan bonekanya PAN senada dengan faham UMNO bahawa PAS ingin bergabung dengan UMNO. walhal dalam petikan kenyataan Tuan Guru Presiden tidak bermaksud kerjasama politik. cuma kerjasama sebagai pasukan untuk menasihat kerajaan untuk memberi cadangan alternatif bagi membangunkan negara. itulah peranan pembangkang. 

... Teruskan perjuangan ...

Bekerja Untuk ISLAM...

www.attakiri.blogspot.my

01 November 2015

PAS mendepani politik Matang

Oleh : Zulhimi Attakiri

Seusai muktamar, PAS dilihat berjaya menyelesaikan konflik dalaman menggunakan kuasa muktamar. Penubuhan PAN yang dianggap parti boneka DAP membuktikan bahawa perjalanan PAS yang banyak terganggu sebelum ini disebabkan onar dalaman.

Kecoh di parlimen baru-baru ini apabila ahli PAS tidak mengangkat Flash Card dengan alasan PAS tidak prihatin dengan masalah rakyat. apabila ditanya jawapan Tuan Guru Presiden ialah PAS mahu ahli parlimen yang beradab, membangkang dengan beradab. begitu juga dengan jawapan Ketua Pemuda PAS antara lain menyebut bahawa beliau ( mewakili PAS) boleh protes BN dalam duduk, berdiri dan rebah pun. 

Dalam perbahasan diparlimen  oleh  ahli Parlimen PAS, banyak pandangan dan cadangan baru dikemukakan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat antaranya : 

1. Kerjasama serantau dan negara terdekat menggantikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang boleh mengakibatkan penjajahan ekonomi. Agenda TPPA akan menghilangkan sempadan bumi dan perairan, sekaligus sifat kemanusiaan sejagat. TPPA menjadi penyebab usahawan kecil menjadi muflis disebabkan kuasa pemodal besar yang menjadi jerung menelan bilis yang kecil. Kerjasama serantau secara berobjektif mampu menguatkan ekonomi serantau kerana tanpa perlu melibatkan kuasa besar yang lain

2. cadangan cukai lebihan simpanan sebanyak 2.5% setahun bagi menggantikan GST. Cadangan ini bagi memastikan hanya mereka yang berkemampuan sahaja dikenakan cukai dan tidak melibatkan sebarang kenaikan kos sara hidup. ini juga akan dapat merapatkan antara jurang antara kaya dan miskin

dua contoh ini adalah contoh penyelesaian yang dicadangkan oleh PAS.  PAS bukan sahaja dilihat sebagai pengkritik, tetapi sebagai sebuah parti yang bersedia dengan cadangan penyelesaian permasalah negara sekaligus dilihat sebagai sebuah kerajaan menunggu.

Sebelum ini, PAS pernah mengemukakan pindaan enakmen kanun jenayah Syariah yang merangkumi hudud, qisas dah ta'zir sebagai cadangan penyelesaian bagi kemelut jenayah yang begitu meruncing dari hari ke hari. 

PAS mula melangkah sebagai salah sebuah parti tunjang negara dengan menghimpunkan NGO-NGO melalui Kongres Rakyat yang berkonsepkan seolah-olah parlimen rakyat yang diwakili oleh NGO dalam meluahkan kritikan dan cadangan dari peringkat bawahan.

Tuan Guru Presiden PAS juga menyatakaan kesediaan untuk mengadakan kerjasama dalam perkara kebaikan dengan semua parti termasuk BN, DAP dan PKR ( tidak termasuk PAN) begitu juga dengan NGO. Kerjasama yang dibuat tanpa perlu terlibat dalam bentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional ataupun menjadi ahli dalam Pakatan Harapan (PH). Ini antara pendekatan PAS.

PAS berkemungkinan akan menjadi membentuk blok politik baru yang mungkin akan disertai oleh parti politik dan NGO rakyat. Kongres Rakyat yang didokongi oleh PAS bakal bergerak ke seluruh negara yang akan menjadi medan  luahan dan cadangan rakyat. 

Tahniah kepada PAS yang terus mendepani politik matang. 

Rujuk :






... Teruskan Perjuangan...

Bekerja Untuk Islam

www.attakiri.blogspot.my