25 June 2012

PAS, Gerakan Islam & Tumpuan Antarabangsa


Pengumuman rasmi pilihanraya presiden Mesir telah diumumkan semalam yang menyaksikan Dr. Mohamad Mursi dinobatkan sebagai Presiden Mesir. Pengumuman yang asalnya pada 21 Jun ditangguhkan selepas mendapat laporan penyelewengan dalam Pilihanraya.

Pun begitu, isu tindakan mahkamah perlembagaan Mesir membatalkan semua pilihanraya parlimen masih belum diselesaikan lagi. Pihak Tentera dilihat cuba untuk menguasai pentadbiran Negara dengan membuat pelbagai penambahan dalam perlembagaan mesir yang baru.

Sebelum ini, selepas kematian Muammar Ghadafi, Jucacakap pemerintah sementara Libya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti-parti yang bertanding mesti parti yang bukan berasaskan agama, etnik dan kelompok.

Kenyataan ini telah menarik kemarahan pimpinan gerakan Islam di sana dan mendesak supaya keputusan itu ditarik balik.

Ikhwanul Muslimin pernah bekerjasama dengan Jamal Abdul Naseer dan Anuar Sadat dalam menggulingkan sistem monarki yang zalim di bawah pemerintahan Raja Farouk. Selepas pergulingan Berjaya, Ikhwanul Muslimin dikhianati sehingga para pendokongan ikhwanul dibunuh habis-habisan sehingga sampai di zaman Husni Mubarak.

Pada tahun 1992, Barisan Penyelamat Islam (FIS) pernah memenangi hamper 80% kerusi parlimen. Namun Presiden Algeria ketika itu, Benjedid bersama pimpinan tentera, Mohammed Boudiaf telah menggulingkan kuasa dan menafikan hak kemenangan yang telah dikecapi oleh FIS.

Seorang pelarian Syria pernah menceritakan kepada penulis tentang sukarnya gerakan Islam menyuarakan pandangan dalam Majlis Tindakan Rakyat Syria yang ahlinya terdiri dari pelbagai ideologi. Keadaan ini amat memerlukan seorang pemimpin yang tegas dan mahir dalam berdepan dengan selok-belok politik. Setakat pemimpin yang mewakil gerakan Islam masih mampu berdepan dengan suasana sedemikin

Kesukaran ini berlaku, apabila terdapat satu golongan yang kadang kala mempergunakan sokongan umat Islam untuk merampas kuasa, namun apabila berkuasa, hak untuk Islam mentadbir dinafikan dengan pelbagai alasan.

Dunia telah memperlihatkan pelbagai lakaran sejarah gerakan Islam yang kadang kala ditipu oleh rakan seperjuangan sendiri, digulingkan selepas mendapat kuasa, dipergunakan oleh golongan tertentu untuk terus berkuasa dan sebagainya.

Apa yang berlaku sebelum ini, memaparkan bagaimana musuh-musuh Islam terus menerus menentang kebangkitan Islam walau dengan apa cara sekalipun

Sebab itu, PAS perlu sentiasa melihat dan mengkaji pergerakan dan strategi rakan-rakan seperjuangan di seluruh dalam berdepan dengan lawan dalam Negara dan lawan peringkat antarabangsa.

Musuh terus menyerang

Musuh terus merancang

Musuh pasti akan meranapkan gerakan yang ingin menegakkan Islam

Kalau kebangkitan ikhwanul Muslimin di Mesir boleh membangkitkan semangat Islam di Asia Barat

Tidak mustahil kebangkita PAS boleh menaikkan semangat Islam di Asia Tenggara.

Oleh itu, strategi terbaik perlu diatur sebaik mungkin.

Yakinkan kepada kepimpinan sendiri lebih baik dari meyakini pemimpin yang lain walaupun dari parti rakan sendiri.

Kawan politik berbeza dengan sahabat dalam Jemaah.

Teruskan Perjuangan

…Bekerja Untuk Islam…

9.21 malam, Kg. Teras Jernang

1 comment:

Aisyah M.Yusuf said...

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Rabbmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (QS. Al An’am: 112)